Twinkle Star
Wednesday 9 May 2012
Saturday 28 April 2012
"Bersih" (Bersih la sangat.....)
28 April 2012, Sabtu, tepat jam 2 petang,
Saya dan seorang sahabat, cik Farzana, bergerak ke masjid jamek. Hasrat hati sebenarnya nak makan buntut....hihi.....tapi betul la kata orang, malang x berbau...sebaik sahaja kami memijakkan kaki di stesen LRT masjid jamek...terbentang lautan manusia betul2 di bawah stesen LRT tersebut.
Mula2 tu memang la best, first time pengalaman tengok live la konon....hihihi....tp bila kitorang nak gerak kuar dari stesen, baru kitorang start rasa, ya Allah, ramai nyer orang...nak langkah kaki pun susah..(T.T").....akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi ke TimeSquare dan tidak pergi ke masjid jamek.....huhuhu....sedih rasa...melepas la buntut hari ni...
Kebetulan la pulak...kad MyRapid saya pulak tertinggal, terpaksa lah beratur membeli token LRT ke TimeSquare. Sesak tu memang x yah cakap la...rasa nak pengsan pun ada, macam2 bau ada....Sahabat saya pergi ke kaunter untuk bertanya mengenai tiket LRT. Tanpa kami jangka, pintu pagar masuk ke LRT ditutup dan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk, di situ la kami terpisah. Dia sempat masuk ke kawasan LRT dan saya masih berada diluar. Nasib baik lah ada minah indonesia tolong belikan token untuk saya...Alhamdulillah x terkata sangat.
Malangnya, x sempat saya hendak keluar dari kawasan membeli token tu, polis dah sembur gas pemedih mata.......semua orang gabrah dan cuba untuk melarikan diri, saya yang tak tahu apa2 ni cuba jugak la nak melawan arus tu, tapi bila terhidu jer gas tu......perghhh.....nak pengsan rasa....nasib baik lah ada orang yang baik hati menghulurkan garam kepada saya....dia suruh kemam, saya kemam lah....betul2 efektif la...hihhi...hilang sakit tekak....cuma tinggal sakit hidung jer lah.....so, sekarang, x pasal2 saya terperangkap dalam demonstrasi tu....
Sepanjang terperangkap tu, saya memang langsung x jumpa jalan keluar, setiap sudut dikawal ketat oleh pihak polis. Bila saya tanya kepada orang yang ikut Bersih tu, dia kata memang jalan keluar xda....huhuhuu...sedih saya. dah la gas pemedih mata merata-rata. Kt bawah ni gambar semburan gas pemedih mata......pedih wuuuuu.......(T.T").
Effect gas tu, pedih seluruh muka, mata & tekak......sakit sangat, nasib baik ada pacik sudi bagi sedikit air sejuk untuk saya cuci muka. Lega sikit la rasanya. Pacik tu sempat cakap, ini adalah kali kedua beliau join Bersih dan kali ni memang banyak sangat org yang join Bersih tu berbanding tahun lepas.
Bayangkan la...kesian kat orang2 tua & kanak2, sempat jugak saya bertanya kat pacik & macik2 kat situ. Semua kata xtahan dengan gas pemedih mata tu...dan diorang semua x suka dengan demonstrasi mcm tu. Sedih sya tengok diorang, tapi dalam masa yang sama saya kena selamatkan diri jugak, x tahan la dengan gas pemedih mata tu. Sambil2 melarikan diri tu, sempat jugak sya buat rakaman ni....
Anda nilai la sendiri video ni.......lepas jer saya ambil video ni......inilah saat yang saya rasa memang betul2 x boleh nak bertahan sangat. Kali ni, gas pemedih mata yang saya tersedut betul2 banyak dan waktu tu kumpulan polis lengkap bersenjata betul2 kat depan sya....takut tu Allah saja lah yang tahu....Tiba2 sorang ahli bersih suruh sya lari dari situ, saya dalam keadaan penglihatan yang kabur akibat gas pemedih mata tu tanpa berlenagh terus berselindung di sebalik sebuah bangunan. Alhamdulillah, saya terserempak dengan seorang lelaki yang menunggang motor. Kali tu, saya dah x kisah da malu ke x, dah memang sakit sangat time tu....saya tanya kat dia "boleh tumpang @ x"? Then dia kata, "Boleh2, naik lah". YEAH......!!!!!!
hahahaha....ni la yang paling lawak....Nak tahu x saya naik motor saper????? Nama dia Fayyadh....bodyguard Anuar Ibrahim rupanya....hahahha.........(kat gambar, paling kiri)...
X pasal2 dia kene jadi bodyguard aku pulak.....hahhaa.....terbaik lah....kih3.....yang terbaik lagi, dia siap hantar smpai depan apartment lagi...jimat jugak duit tambang teksi...kih3...Sempat jugak saya bercerita dengan Fayyadh tu, dia kata, dia sepatutnya bertugas untuk memastikan Anuar Ibrahim serta isteri selamat daripada pihak polis. Menurut beliau, Anuar Ibrahim dan isteri dah selamat kat dalam bangunan AIA dan boleh la dia hantar saya.Tambah beliau lagi, kali ni anggaran lebih 50000 orang yang join Bersih.
Pasal sahabat saya tu pulak, dia selamat balik ke rumah menggunakan LRT...alhamdulillah....semoga selepas ini, xder dah lagi kitorang terlibat dalam hal2 mcm ni....scary dowh...hahhaa......oklah...smpai sini jer citer saya....nasihat saya semoga orang2 yang berhasrat nak join BERSIH ni, fikir2 la yer....klu boleh tu jgn la bawak anak2 n org2 tua......fikirkan nyawa dan keselamatan dahulu baru politik...:)
Monday 12 March 2012
Telur Oh Telur
TELUR.......mesti semua orang akan teringatkan tentang bau busuknya yang terkadang membawa kenangan pahit dan manis dalam hidup kita kan. :).....tapi skrg ni, saya bukan nak bercerita mengenai hal tu, skrg saya sebagai peminat telur sejati...hihihi...ingin mengetengahkan mengenai khasiat yang terdapat di dalam telur ni....
Baiklah, pertama apa sebenarnya yang terkandung di dalam sebiji telur???
Sebiji telur mengandungi :
- 0.7 mg zink
- 1.2 mg besi
- 5.5 mg magnesium
- 16 mg inositol
- 27 mg kalsium
- 76 mg potassium
- 253 mg choline
- 100 mg fosforus
- 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
- lecithin,
- tryptophan,
- pyridoxine (B6),
- biotin,
- asid folik,
- riboflavin (B2),
- thiamin (B1),
- asid pantotenik (B5),
- selenium,
- asid amino,
- methionin
- cystin.
Benarkah telur mengandungi banyak kolesterol dan tidak sesuai untuk dimakan secara kerap????
Sedihnya kalau ini benar.....T.T
Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi kita harus sedar, sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah.
Sebenarnya kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.
Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.
Khasiat telur:
a) Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.
b) Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.
c) Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak!
d) Mengandungi antibiotik yang penting untuk melawan jangkitan kuman.
e) Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
so, sekarang macam mana??? berminat x nk makan telur....:)....klu iya, jom makan telur.......!!!!....<3
(maklumat dipetik dari: wanitasihat.com)
Subscribe to:
Posts (Atom)