-->

Twinkle Star


Monday, 12 March 2012

Telur Oh Telur



TELUR.......mesti semua orang akan teringatkan tentang bau busuknya yang terkadang membawa kenangan pahit dan manis dalam hidup kita kan. :).....tapi skrg ni, saya bukan nak bercerita mengenai hal tu, skrg saya sebagai peminat telur sejati...hihihi...ingin mengetengahkan mengenai khasiat yang terdapat di dalam telur ni....

Baiklah, pertama apa sebenarnya yang terkandung di dalam sebiji telur???

Sebiji telur mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.



Benarkah telur mengandungi banyak kolesterol dan tidak sesuai untuk dimakan secara kerap????

Sedihnya kalau ini benar.....T.T

Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi kita harus sedar, sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. 

Sebenarnya kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza di antara satu dengan lain, kecuali kandungn kolestrol telur itik adalah tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 mg bagi setiap gram kuning telur. Kandungan telur kaya dengan protein, vitamin dan lemak yang mudah dihadam. Telur juga merupakan punca mineral perlu dan mengandungi kalori yang rendah. Nilai pemakanan telur tidak bergantung kepada warna cangkerangnya.

Bahagian putih ini mengandungi protein-albumin dan tidak mengandungi vitamin larut lemak. Apa yang agak unik ialah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil ‘avidin’, iaitu sejenis bahan antibiotic semulajadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur itu. Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang. Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting. Di antaranya ialah 67 mg sulfur atau 8% daripada keperluan kita seharian. Jumlah ini bukan mudah untuk kita perolehi dalam lain-lain makanan.


Khasiat telur:
a)     Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup    sempurna untuk tumbesaran.
b)    Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.
c)    Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! 
d)    Mengandungi antibiotik yang penting untuk melawan jangkitan kuman.
e)    Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
so, sekarang macam mana??? berminat x nk makan telur....:)....klu iya, jom makan telur.......!!!!....<3

(maklumat dipetik dari: wanitasihat.com)
Posted by Ina Mohd Aman at 07:22 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Subscribe to: Posts (Atom)

Siti Ina Shakinah


Tutorial Here

Blog Archive

  • ▼  2012 (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ▼  March (1)
      • Telur Oh Telur

About Me

My photo
Ina Mohd Aman
I hope Twinkle Star will be shining as bright as a star....
View my complete profile
Cuteki greeting ecards

Cuteki cards birthday
Picture Window theme. Theme images by sbayram. Powered by Blogger.